ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Aku mulakan dengan 1 soalan,
dalam dunia ni ada berapa ramai orang yang kita kenal ?
Aku yakin pasti ramai, paling busuk pun dia juz ada dalam lingkungan 1 orang manusia yang boleh dianggap kawan..
TIPU kalau korang kata korang tak pernah ada kawan,
macam tu aku cadangkan baik baring atas jalan biar kena langgar lori..
ok, tak digalakkan.
Dalam kita berurusan dengan manusia ni,
secara ringkasnya,
kita akan menemui dengan
4 jenis manusia..
yez..
atas sedikit "tazkirah" abang Naz kat aku dulu,
maka suka untuk aku berkongsi dengan korang,
sebab kita kalau nak harapkan
orang lain untuk sekepala dengan kita
memang agak sukar..
Ceritanya kat sini
perangai manusia tu pelbagai..
Jadi antara golongan yang bakal korang,
iaitu sahabat-sahabat aku temui ialah,
GOLONGAN 1 : Abu Bakar
Beruntung la kalau korang kenal dengan manusia jenis ni, sebab mereka akan sentiasa menyokong korang tanpa banyak soal..
GOLONGAN 2 : Umar al-Khattab
Ini normal dan dah biasa berlaku,
pada permulaannya menentang dan kurang menyokong,
but in the end, mereka akan datang kembali kepada kita dengan semangat baru untuk sama-sama bersama kita..
GOLONGAN 3 : Abu Talib
Yang ni pun sering kali terjadi,
sebagai contoh,
korang ada menubuhkan satu group,
dan golongan ni sentiasa menyokong korang dan juga group korang,
bukan sahaja menyumbang dari segi tenaga malah wang ringgit,
tapi sayangnya dia tidak join pun group kita..
masih lagi rugi..
GOLONGAN 4 : Abu Jahal
Jangan sedih dan terkejut sekiranya kawan baik korang sebelum ni tiba-tiba menjadi musuh yang paling ketat korang, angkat tak call, sms xreply, ajak jumpa pun taknak, menyebar fitnah,
itu biasa sebab ini adalah golongan yang sebenar-benar rugi dan moron.. dan aku dah banyak kali jumpa golongan ni.. celake.. HAHA..
mereka kadang kala tahu benda tu benar dan ada baiknya,
tapi pintu hati mereka tertutup dek kerana dah biasa dengan comfort zone, ego, etc..
Bukan nak menakutkan korang,
tapi itu adalah realiti dalam kehidupan ni,
nasihat aku untuk korang yang aku sayangi,
Biar apa orang kata mengenai kita,
jangan sesekali down..
bila dah down ni korang paham-paham je la..
semua kerja pun tak jalan..
Mungkin bukan sekarang,
tapi yakin dengan diri korang sendiri,
satu hari korang akan jumpa orang yang serius untuk bersahabat dengan korang..
nak menjadi yang terbaik,
mulakan dulu dengan berkawan dengan yang terbaik,
dan nak berkawan dengan yang terbaik,
jadilah terbaik dulu..
eh ? pebenda ayat pusing-pusing ni.. hahaha..
MAKE IT HAPPEN..
No comments:
Post a Comment