1. Maintain Peace of Mind
Make peace of mind a priority. Maintain peace of mind. Make decisions for peace of mind. Be Calm and collected. Practice being patient and cultivate a mind free of worry.
2. Conscious Happiness
Leave the ego aside. Decide to be consciously happy regardless of the circumstances and the circumstances will slowly change to reflect the mental state.
3. Have Unquestionable Belief in Yourself
4. Have Strong Belief in Your Higher Power
5. Be in the Present Moment
Do not the be in the past or the future but be in the present. Have no expectations, ego or fear.
Thursday, 20 October 2011
Sunday, 16 October 2011
POWERFUL INSPIRATIONAL TRUE STORY.. DON'T GIVE UP
Alhamdulillah,
masih ada lagi kesempatan untuk muncul lagi hari ni..
Kita biar video lagi yang menyampaikan..
terpulang kepada anda bagaimana untuk mentafsirnya.. =)
so camne ?
bagi pendapat aku sendiri,
lelaki tu sememangnya seorang yang berhati kental dan tabah
sebab walaupun dia tahu dia akan tewas,
tapi tak pernah terlintas di hatinya untuk berputus asa..
dan cuba lihat bapanya,
anda semua,
contohi bapanya,
jadilah manusia yang menyokong sahabat anda..
jangan selalu berpersepsi buruk,
jangan suke nak kondem orang lain..
siapa tahu,
mungkin orang yang anda pandang rendah itu dipandang tinggi oleh penduduk langit..
fikirkan..
jadi, begitulah ayat saya..
Tuesday, 11 October 2011
MENANGANI MASALAH PUTUS CINTA
Cinta adalah sesuatu yang paling INDAH. Bila hati terpaut dan mata tersangkut akan keluarlah kemanisan SAYANG. Dan bila sudah mengenali hati budi dan hati terasa bagai di taman bunga barulah bibit2 CINTA itu akan berputik.
CINTA bukan hanya sebutan sahaja tetapi sesuatu yang tulus, ikhlas dan jujur dari HATI yang sedang berbunga. Jangan mudah melafazkan CINTA jika SIDIA tidak menunjukkan bibit2 itu. Rasa dan sentuh dahulu perasaan itu baru meluahkan apa yang tersimpan dalam hati.
Tetapi harus berhati2 bila berCINTA. Kerana CINTA bisa mengubah seseorang itu menjadi bahaya. Ingat!! kita mempunyai akal yang waras dan hati yang cekal untuk menangani masalah putus CINTA atau apa jua berkaitan CINTA dan KEHIDUPAN.
Jangan sesekali membuat perkara BODOH dan SESAT hingga Allah mengutuk perbuatan kita. Bila mengalami kekecewaan putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri atau apa jua, maka hanya ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan masalah itu. InsyaAllah.. kita berusaha dan berserah kepada-Nya. Mudah2an Allah SWT bisa membantu…
Tips Menangani Masalah Putus Cinta
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah – anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua’lam
homefamilysite http://homefamilysite.com/blog/menangani-masalah-putus-cinta/#ixzz1aXkOVggV
SAPE TENGAH STRESS SEKARANG ?
Siapa sekarang tengah stress atau tertekan atau sedih atau murung atau marah?
Jom hilangkan semua tu.. Buat macam bayi ni buat tau..

Smilez (^_^)
1) Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami
ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami
sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf
dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian
menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
2) Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,”Tersenyum ketika bertemu
saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
3) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-
Tirmidzi dalam sahihnya.
4) Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam,
Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda
pasti tersenyum kepadaku.”
5) Ketika menikahkan puteri bongsunya, Sayyidah Fatimah Az Zahrah, dengan sahabat Ali bin Abi Thalib r.ahuma, baginda Nabi Muhammad SAW tersenyum lebar. Itu merupakan peristiwa
yang penuh kebahagiaan.
6) Hal serupa juga diperlihatkan Rasulullah SAW pada peristiwa Fathu Makkah, pembebasan
Makkah, kerana hari itu merupakan hari kemenangan besar bagi kaum muslimin.
“Hari itu adalah hari yang penuh dengan senyum panjang yang terukir dari bibir Rasulullah SAW
serta bibir seluruh kaum Muslimin” tulis Ibnu Hisyam dalam kitab Al Sirah al-Nabawiyyah.

Sunday, 9 October 2011
MOTIVASI SKET.. JANGAN DOWN-DOWN..
Tengok video ni duluuy..
TAPI make sure korang biar dia abes buffering dulu ? eh ?
aku tanak korang tengok video yang tersekat2.. ada paham ??
Kalau korang ade perasaan aku pasti korang akan termotivasi sendiri..
tapi kalau korang ni jenis hati batu,
err... HAHA..
apepun,
boleh try bace bawah ni dulu..rajin tak rajin lain kira,
yang penting baca ok..
Hanya hari ini ..
aku akan dapat menghirup udara kehidupan...
maka aku akan berbuat baik kepada setiap insan..
menghulurkan tangan kepada sesiapun yang memerlukan..
aku akan menziarahi meeka yang sakit..
menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat..
membantu orang yang dizalimi..
meringankan penderitaan orang yang lemah..
mengasihi mereka yang menderita..
menyayangi anak -anak kecil..
berbakjti kepada orang tua....
duhai masa laluku...
tenggelamlah bersama matahari..
aku takkan pernah menangisi pemergianmu...
dan kau tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu...
kau telah pergi meninggalkan aku...
dan tak mungkin akan kembali...
duhai masa depanku...
kau masih dalam misteri...
maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan...
dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan..
tidak juga akan memburu sesuatu yang belum ada...
kerana esok mungkin tidak ada sesuatu...
sabarlah duhai hati...
Subscribe to:
Comments (Atom)